Entri saya pada pagi ini ingin memnbincangkan serba sedikit mengenai isu-isu semasa yang berlaku dalam negara yang dicintai ini iaitu Malaysia. Isu yang ingin saya ketengahkan adalah mengenai isu kesihatan. Bagi para pembaca yang mengikuti blog saya, sudah pasti mengetahui cara penulisan saya. Saya lebih suka untuk menulis dalam keadaan santai sahaja kerana memberikan keselesaan kepada saya. Tetapi, pada entri kali ini saya cuba untuk bersikap lebih profesional kerana membincangkan isu yang semakin merebak seperti barah dalam kalangan rakyat. In sha Allah.
Isu yang saya ingin bincangkan adalah mengenai demam denggi. Kenapa? Saban hari di kaca televisyen tidak pernah lekang dengan kes demam denggi yang melanda seperti tiada penghujungnya. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan salah satu dari bandar yang mempunyai kadar demam denggi yang tinggi. Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata sebanyak 866 kes dicatatkan berbanding tahun lepas iaitu 643 kes, namun tiada kematian direkodkan. (Sumber:https://isu2semasa.blogspot.my/2016/02/kes-demam-denggi-semakin-meningkat-di.html)
Masyarakat seharusnya sedar akan bahaya demam denggi yang semakin menular dalam negara ini. Kita tidak seharusnya mengharapkan 200% dari pihak kerajaan jika kita sendiri tidak mampu untuk mengubah budaya suka menangguh dalam diri kita. Pelbagai langkah yang telah diambil oleh pihak-pihak yang terlibat untuk mencegah daripada penularan wabak demam denggi ini. Namun, terdapat segelintir rakyat yang masih tidak menyahut seruan ini. Mereka mungkin mengatakan bahawa tidak mengapa kerana masa ada lagi. Mereka masih tidak sedar akan bahayanya demam denggi itu. Mereka bersikap seperti kera sumbang kerana tidak mengenai diri mereka atau ahli keluarga. Sedarlah wahai saudari dan saudari sekalian, bahawa negara kita sudah semakin tenat dengan penyakit ini.
Apakah demam denggi? Demam denggi berpunca daripada jangkitan virus Denggi iaitu genus flavivirus yang disebarkan oleh nyamuk aedes betina. Terdapat dua jenis demam denggi yang berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Terdapat pelbagi tanda bahawa seseorang itu dijangkiiti penyakit demam denggi. Salah satu sumbernya adalah pautan di link ini (http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/mediadenggi.php)
Keratan akbar mengenai demam denggi |
Keratan akhbar 2. |
Kita seharusnya bertindak daripada sekarang untuk mengekang penularan wabak penyakit ini. Teutamanya penduduk-penduduk di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jika kita tidak bermula daripada sekarang, sudah pasti kes demam denggi ini akan meningkatkan saban hari. Antara langkah yang paling mudah untuk diambil ialah dengan mencegahnya di persekitaran rumah kita sendiri. Hal ini kerana, bermula daripada pendidikan di rumah kita dapat memupuk amalan mencegah denggi ini dimana-mana sahaja. Mana mungkin kita mampu untuk mengekang penyakit ini jika masyarakat masih hidup seperti di bawah tempurung. Mereka suka untuk bersikap sambil lewa dan tidak mengambil berat akan isu semasa ini.
contoh cara untuk mencegah denggi |
Sampai di sini sahaja entri saya untuk kali ini. Semoga segala nasihat ataupun informasi yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anda yang sedang membaca dan sesiapa sahaja. Susah senang kita bersama.
Terima kasih, dari insan yang merindui bonda dan ayahanda.
No comments:
Post a Comment