Assalamualaikum.
Saya berasa begitu teruja untuk memulakan entri pada kali ini kerana melibatkan makanan. Sesiapa sahaja suka untuk makan baik untuk memenuhi kehendak manusia biasa ataupun atas sebab-sebab yang tertentu. Begitu juga dengan saya. Sebagai anak kepada seorang peniaga saya sudah didedahkan oleh keluarga mengenai pelbagai jenis makanan termasuklah kuih tradisional. Setiap hari keluarga saya akan membuat kuih tradisional untuk berniaga meskipun pada hari cuti umum. Pelik bukan? Tetapi bagi saya itu adalah perkara biasa bagi kami yang menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan kami sekeluarga. Saya tidak berasa malu untuk memperkatakannya kerana Rasulullah S.A.W. juga menjalankan perniagaan sesama baginda masih muda dan ianya merupakan sebuah pekerjaan yang mulia. Melalui urusan jual beli juga kita mampu untuk memupuk sikap beramanah dalam diri ini dan mengenali pelbagai ragam manusia yang ada di muka bumi ini.
Mungkin cukup sampai disitu sahaja mukaddimah saya. Mungkin sudah ramai pembaca yang tertanya-tanya mengenai kuih tradisional yang menjadi pilihan saya iaitu kuih ketayap. Kuih ketayap merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu yang digemari sesiapa sahaja. Terdapat juga yang menggelarnya kuih dadar tetapi kuih tersebut adalah kuih yang sama. Saya memilih kuih ketayap kerana sudah menjadi kebiasaan bagi saya untuk membuat kuih tersebut. saya tidak dapat lari dari rutin harian untuk menolong emak membuat kuih terutamanya kuih ketayap. Apabila sahaja musim cuti bermula bagi pelajar, itulah pekerjaan yang saya lakukan. Saya sendiri sudah menjadi terbiasa dengan rutin tersebut.
|
Kuih ketayap |
|
Kuih ketayap |
|
Inti kelapa untuk kuih ketayap |
Kuih ketayap sesuai untuk dijadikan sebagai menu makan pagi ataupun petang. Inti kelapa tersebut terdiri daripada kelapa, daun pandan, air gula melaka, gula dan air. Inti kelapa sangat sesuai untuk dijadikan sebagai isi utama dalam kuih ketayap. Disebabkan oleh zaman sudah semakin maju, kuih ketayap juga mengalami evolusi yang sama. Terdapat juga kuih ketayap yang diberikan nafas baru mungkin untuk menarik minat para pembeli.
|
Kuih ketayap berbagai warna |
|
Kuih ketayap polkadot |
Meskipun berbeza rupa, tetapi rasanya tetap sama. Harapan saya agar kuih tradisional sentiasa mendapat tempat dihati rakyat Malaysia walaupun pelbagai jenis kuih moden yang lain. Kuih tradisional merupakan salah satu warisan Melayu yang tiada gantinya. Justeru, marilah kita bersama-sama meneruskan pembuatan kuih tradisional sehingga dapat memperkenalkannya di peringkat antarabangsa.
Aku dedikasikan segunung terima kasih kepada keluargaku kerana membesarkan aku dalam keluarga yang menjalankan pekerjaan yang mulia ini iaitu berniaga atau perniagaan.
No comments:
Post a Comment